Monday, 19 November 2012

Tak Pergi Ceramah Maal Hijrah

Salam,

Salam Maal Hijrah 1434 semua, walaupun lambat wish kena juga wish la kan, takkan la wish new year yang selalu kita celebrate saja kan? tak patut tak patut.

Well, sehari sebelum tahun baru Islam kakak ada cakap mahu pergi ceramah sambutan maal hijrah esoknya,aku dan anak buah pulak terdiam dengan alasan dalam hati " dah ada plan". Plan aku nak bangun lambat sikit sebab nak balas balik la selalu pergi kerja bangun awal je kan (pemalas!)  so esoknya awal pagi tu pintu kena ketuk mungkin sebab kakak nak bawa pergi ceramah la tu. Aku yang separuh sedar mahu bangun tapi mengantuk + malas memang tak bangun la. Daaaaaan kami lambat bangun. Tak pergi dengar ceramah.

Dah bangun, Kakak satu lagi ajak jalan pergi One Borneo dan kereta pun anak buah bagi pakai sebab dia kena ambik dengan bf dia, so aku dan kakak minta tolong abang jadi driver la pergi sana hihihi tunggu lama gila dia habis main golf lagi kami sampai mall dalam jam 6 petang, tau sajalah 6 petang kat sabah dah nak gelap. Oh! sebelum tu kami makan dekat-dekat mall juga la nama dia Koki Bandung yang menyediakan hidangan Ayam Penyet, Menu dia sama saja dengan mana-mana ayam penyet kat kl yang aku selalu pergi.

Sampai ja mall, kami jalan-jalan tak berapa window shopping sangat sebab aku pantang tangan tak pegang bag dari mana kedai ahahahaha dah la takde duit ada hati nak beli barang. Tapi aku shopping barang yang memang perlu sampai hutang dengan kakak lagi padahal 12.90 je! kakak aku bagi hutang jugak huhuhu.

Masa kami sibuk jalan abang tertinggal kedai lain, kami call tak dapat mesej pun tak delivered, kami tak risau sangat sebab dia tu dah besar kan ahahaha tapi yang risau dia tak call balik sampai jam 7 macam tu dia call dari public phone suruh jumpa dekat parking ( hp abis beteri rupanya). Bila dah jumpa dia bawa berita sangat la tak gembira " bad news. Kunci Kereta hilang" aku ulang balik KUNCI KERETA HILANG!!
haaa! bayangkan terkejut jugak la aku. tapi masa tu aku tenang je dorang pun macam tu. dah la mall tu besar,cari punya cari tanya sana sini memang tak jumpa la, bila abang sulung aku tau,mengamuk la dia dah la lepas tu takde orang nak ambik sebab dah malam dan hujan lebat, kami terpksa la naik teksi yang berharga 60 ringgit ( ya! teksi sabah memang mahal),dan terpaksalah kami bertiga mengganti kunci baru yang berharga 400++

Moral of the story, niat tu tak ke arah yang baik haaaaa ni la jadinya! ni la makan dia! padan muka diri sendiri ahahaha. Jangan la tiru macam ni ya.



tengah explain macam mana kunci hilang

cari punya cari lapar pulak

Ni la muka-muka tenang tapi gelisah dalam hati masa tengah rehat lepas cari kunci kereta. Mana tak gelisah....takde kunci tak boleh balik! kan dah kena teksi mentedarah.... hihihihi.

p/s: gambar malas nak edit pakai phone nokia biasa ja ni. bb kena pakai abang time ni.nampak tuuuuu.






1 comment: