Salam,
Terus kepada ceritera la kan maleh nak intro-intro ni hehehe. 5hb october lepas jagiya datang sabah nak jumpa baby dia dan terus bercuti la so,aku yang kelam kabut nak carikan dia hotel cari hotel kat kundasang dan last-last........ tengok gambar je la hik!
 |
Giant beli semua barang muahahah |
 |
okay map sabah tea garden tu tak jumpa acane? |
Singgah beli barang untuk makan-makan malam tu,kononya nak bbq la di tempat menginap yang aku book online melalui agoda.com. lepas tu kami singgah makan dulu kelaparan.
kami 3 orang ja time sebab yang lain tunggu adik aku sorang tu abis exam.
 |
with my lil bro the view of national kinabalu park |
 |
jagiya tahan sejuk |
So kami sampai awal sikit dan berenti kejap kat kinabalu national park.Ambik la kejap gambar, keluar dari kereta ja fuuhhh! angin dia sejuk padahal tengah hari tu panas terik. Nasib ada jacket baru beli hihi suruh jagiya teka dia cakap 50 la 35 la ahahaha aku bagitau 1 ringgit ja dia buat muka menyampah hik!
 |
setelah berjam-jam sampai juga la |
 |
bawah tu ada sungai.jiran sebelah ada ikan yang gigit buat kulit mati |
 |
jalan dia dari bawah sampi atas berbatu sampai kereta anak buah tak boleh naik dah give up |
 |
ni la teh sabah baru je kena potong tak nampak cantik sikit |
 |
beranda rumah panjang |
 |
ni la bilik rumah panjang kat lantai tu kalau orang skodeng pun ble |
Inilah tempat aku booking tu " Sabah Tea Garden" aku dahla tak tau mana tempat tu tapi kat internet alamat belakang national park maknanya sejuk la konon dan dekat. tapi bila kami dah sampai national park kami call tempat tu dia cakap lalu poring. Jauh tu!! dah sampai memang happy la nampak teh banyak jalan plak berbatu lepas tu berbukit, dah sampai tempat tu tak sejuk tapi best rumah panjang,cuma bilik dia buluh dan bilik dekat kalau buat bising pun ble dengar even berbisik. dorang adik aku dah sampai time tu semua check bilik dan bilik air jauh nun di sana haih tak best langsung dah la jauh so kami kena cari makan dulu enjoy2 baru balik untuk tidur sahaja.
 |
view dari atas bilik merlin |
 |
tunjuk kat lereng bukit dulu time kecik stay sini ada tanaman kobis sekarang dah takde |
 |
gf adik,adik,anak buah,adik,me! |
Dah bincang punya bincang kami decide cari tempat lain adik sorang pulak ni cakap ade dekat dengan national park tu murah lagi dalam 30 ringgit 1 bilik, kami pun macam frust sebab dah bayar 240 ringgit 2 bilik kat tea garden tu, bincang dengan jagiya dan bincang kat tea garden tapi tak dapat refund sebab beli online, kami stay la dekat "Merlin" sejuk pun sejuk dekat plak dengan national park tapi dah naik la harga 50 ringgit je!tapi kena tahan badan la air takde heater yooo! malam kami semua tak mandi, sejuk! dah la bilik aku tempat paling atas kena naik tangga begegar lutut! tapi best la ada tempat bbq,dia ada 2 tempat 1 free 1 kena baya. dua adik aku tak guna tak hidup-hidup api arang tu,last-last kami sewa bilik yang ada gas,murah je 10 ringgit ahak!
 |
lunch d pekan kundasang,mell ada hati lagi mau masuk pertandingan karaoke pesta kobis di sana |
 |
lembu desa farm |
 |
mengada |
 |
farmville punya tractor ahahaha |
 |
angin sangat la kuat |
 |
lompat lompat tapi macam tak lompat je aku |
 |
sudah mendaki batu desa farm ahaha |
 |
bye desa farm |
Check out pergi lunch pekan kundasang terus gerak ke Desa Farm. Kalau nak tau kat sabah ada susu kotak sendiri segar dari ladang so ni la tempatnya..sejuk best la angin dia kuat gila,panas pun tak terasa..beli susu segar sana minum,susu coklat pun ada sedap juga la fresh gitu. lain....ambik gambar la masuk kat ladang tu melompat bergolek lari-lari pun boleh.
 |
kereta kancil ladybird |
 |
jangan terbalikkan skrin anda hihi |
 |
honored memukul gong |
 |
kenyang makan lokan..SEDAP! |
Last sekali kami pergi rumah terbalik so korang jangan terbalik kan skrin memang rumah tu terbalik hehehe tempat tu tak sejuk la sebab dah jauh dari kundasang dah nak dekat KK dah panas dia jangan cakap la, rumah tu kena bayar sorang 15 ringgit dan kat dalam tak boleh ambik gambar,luar je ble,kat dalam tu macam-macam ada dan opkos! semua terbalik. Lepas dah tengok kitorang makan kat salut makan lokan bakar! dia macam kerang tp besar.... kenyang-kenyang aku,jagiya dan adik bongsu terus pegi kampung tidur sana la dan jumpa mama terus.
Hari-hari seterusnya kami di KK saja beli untuk orang KL dan jagiya balik 8hb time dia nak balik tu aku tak lambaipun sebab air mata nak keluar uwaaaa...Rindu... k Bai!
tempat die cantik darls.. besnyer! tp bes lagi dapat dating kan?
ReplyDeletehahahha...c mell mw menyanyi lagi ah..hibat!! sayang eh zi, rm240 tu kan, habis camtu jak..huhu...
ReplyDeletemas: u r absolutely correct! ehehehehehe rasa d awang awangan!
ReplyDeletepol: iya la abis macam gitu ja sedih tapi x apa gembira dapat bercuti sama-sama hehe