Thursday, 22 November 2012

Tentang Diri





Salam,

Best ke nak crita pasal diri sendiri? mana la best kan nanti orang cakap puji diri sendiri la buka aib sendiri la
hmmmm aaaaaahhhhh aku tak kisah. ahahaha

Seriously, aku jenis yang suka berfikir, aku fikir macam mana bangunan tinggi tu terbina lepas tu cepat pulak tu siap,fikir betapa dalamnya dorang kena korek tanah tu untuk buat tiang untuk parking bawah tanah,mesti ada pekerja tekorban macam dalam drama kita tengok tu eeeeee harap-harap tak adalah kan? haaaa! complicated tak? merapu kan? memang....memang kepala aku ni tak berhenti dari berfikir, sebab tu aku banyak diam,jarang bercakap dengan orang secara live ahahhaha

Tapi zaman dah berubah sebab teknologi makin maju,ada handphone ada twitter ada facebook dan ada blog....tempat ini adalah pengganti bagi mereka yang suka luahkan macam-macam,macam aku la....rajin saja membuat status merapu,tweet tak patut dan bertegur sapa ahahaha tapi realitinya aku adalah jenis yang tidak bercakap terutamanya di tempat baru, kawan baru kenal yang suka tengok aku tapi tak nak cakap dengan aku (jual mahal no)

Ya aku memang macam tu orangnya,aku tak boleh kalau orang yang tak periang,humble,peramah tak tegur aku..aku perlukan mereka sebab aku confirm tak akan bercakap selagi tak ade orang approach aku ahahaha
maaf la nampak macam sombong kan. hmmmm kinda...tapi serius sedangkan masa makan pun aku seorang saja bila tiada kawan. macam sekarang la...tempat kerja baru kawan pun baru tapi makan tetap seorang padahal bertegur sapa berbaik kamcing dengan kawan kerja,tapi aku tetap makan seorang di bilik sendiri.


Adakah aku seorang yang loner? bukan jugak la sebab masa ofis lama dulu aku lah seorang yang jahat kerana sentiasa bergaduh dengan ketua bukan gaduh apa tapi gaduh cakap je la, mencetuskan gelak kepada kakak-kakak di ofis...eh?? periang pula... sebab apa?sebab kat ofis tu dah ada kawan kenal lama sebab tu senang rapat. tapi waktu makan? ya! aku tetap seorang..sama ada makan depan pc,atau makan di pantry bersama mereka tapi aku siap dulu terus ke tempat duduk layan pc. memang, memang masa makan aku rela makan seorang di dalam bilik sempit yang tak ada orang nampak atau pun makan sambil tengok tv?runningman?ahahaha.


Adakah kerana aku jarang bersuka ria dengan kawan tempat kerja?kawan sekolah?kawan kolej?atau kawan kepada kawan? sebab aku selalu bersukaria bersama keluarga. adik,abang ,kakak,mak,sepupu,anak buah....bosannya la diri aku kan? tapi kenapa dekat FB nampak macam happy?tak tahu la... yang penting diri kita bahagia dan tak ganggu orang lain ye dok?


Oleh itu,( ayat banyak skema sebab tengah belajar buat surat rasmi je) cuba fikir sejenak, diri kita sendiri yang macam mana? aku? jenis campur aduk. teheeeeeee (^^)Y






No comments:

Post a Comment