Salam,
Walaupun hari khamis tapi aku gagahkan jua untuk cuti gara-gara mau celebrate hari jadi dengan adik hahahaha jealous kan!
Kami celebrate dekat Gracepoint Sembulan, yang datang tak ramai pun,kek pun time tu juga aku dan kakak buat,kami ke kedai bakery gracepoint lepas tu tengok kek-kek yang ada di situ tapi kek dia semua besar dan mahal hohoho. Aku pun dapat idea bila tengok macaroon yang comel-comel je kat dalam tu kan macam nak minta dimakan hahaha aku cakap kat kakak buat je macaroon tu kek bagi buat macam bukit-bukit lepas tu letak lilin dah la...dan sebab macaroon tu kira murah jugak RM3 satu maka kami buat jadikan kek. Kakak pulak nak jugak tambah kek coklat kat tengah-tengah yang aku rasa huduh sekali tapi memandangkan dia belanja ahahah hentam sajalah.
" Dik buat dua plate okay" kakak aku cakap kat pekerja tu, aku heran kenapa nak buat dua? rupanya kakak ingat cakap aku yang aku pun nak jugak kek hahahaha.. aku main-main je tu so aku bagitau la dia buat satu saja kan boleh kongsi kek tu.
dan ini la kejadian kek yang kami hentam susun haha
![]() | |
Bun kat sini sangat laku dan sedap |
Para penonton yang hadir memeriahkan sesuana...tak meriah pun hahaha makan -makan macam tu je
![]() |
kiri: adik,mama,kakak,ank buah, I la sapa lagi,adik dan abang sulung |
Yang lain tak dapat datang sebab kerja,yela kan tengah hari tu...mama sibuk so tu la dia nak tengah hari,kalau tak dah buat malam kat seafood restaurant. Lepas makan tu mama balik beaufort terus. Kami? hahaha pergi sumbangkan lagu yang sedap la apa lagi! Aku,dua adik tu dan anak buah. Sanggup jalan kaki naik bas ke Karamunsing Complex karaoke kat KK Box sebab adik cakap sana murah sikit, dari aku tengok seorang 16++ kalau student 10++ kira okay la tu sebab kami semua pau mama hahaha jahat tak? takpe esok mama lak pau aku sebab aku dah dapat gaji bulan oktober hohoho.
Ini adalah antara makanan yang kami order rata-rata semuanya sedap (nasib baik la sedap kan hahaha) yang tiga kat atas tu kami order dari kedai indonesia, yang bawah ni mama punya aku tak ingat nama kedai tu tapi salmon tu buat aku terliur aritu tapi tak dapat nak rasa sebab aku duduk jauh dari mama cis! yang pergi hentam salmon tu kakak dan adik la, aku? tengok je la dorang makan sebab makanan aku tak sampai lagi masa tu. Akhir sekali gambar kenangan untuk tatapan masa hadapan insya Allah.
![]() |
its our birthday 11 & 20 December 2012 |
![]() |
Anak bongsu kesayangan mama |
Salam jumaat semua, harap apa yang kamu impikan tercapai dan disanyangi keluarga tersayang ^ ^
No comments:
Post a Comment