Tuesday, 4 December 2012

Makan Makan Dan Lagi : KO HYANG Restaurant

Salam,

I love you all sebab tahan air liur menatap makanan makanan ini hik hik hik peace!

KO HYANG KOREAN COUNTRY DELIGHTS

Okay restoran ni mula minat bila adik jagiya ajak pergi makan dekat The Garden Mall, masa tu mencarinya tak la susah sangat(korang ingat aku nak taip susah kan?ahahaha gotcha!) sebab dia cuma berada di tingkat bawah sekali yang memang kawasan tempat makan aje. Dah minat cerita/reality show korea terutamanya Running Man kompom la kita nak merasa makanan dorang kan?rasa terliur ja bila dorang makan kan? ahahahaha.

Bila dah pergi rasa,rasa nak lagi so bila poket penuh ja kompom makan sana,jadi tempat favorite aku dan jagiya juga sebab jagiya dalam proses mendietkan dirinya (nak sado la katakan). Setakat ini makanan korea yang sedap mantap hebat aku bagi kat restoran ni la, sebab Kimchi dia sedap wey! tak tipu! korang selalu rasa kimchi masam kan?haaaa ni sweet sesedap rasa dan "WITHOUT MSG" nak tau pasal restoran ni click sini dia akan bagitau apa menu dan segala pasal restoran tu dan tempat di mana dia ada tapi setakat ini again! ada kat KL aje la ye.

Ni nama dia jab chae. macam kristal mee hun tu tp die tebal sikit,sedap sebab ni jagiya punya favorite.


Ni adalah side dish bila kita order makan kita tu mesti dia akan bagi ni haa yang merah tu la kimchi yang tengah tu ikan bilis, tu pun sedap wey i tell u.

sebelum

selepas
Ni bi bim bap yang selalu orang korea makan yang dia letak suma makanan kat mangkuk pastu dia gaul-gaul jadi la macam nasi goreng kita buat kat rumah campak ikan,ayam,daging sayur bla bla bla pastu goreng haaa nasi goreng tuuuuu tu cara family aku la tak tau plak yang lain. dia sedap sebab ada chilli paste tu paste tu yang bagi dia rasa sebab paste tu dah bercampur ngan chili powder,soy sauce pastu yang lain aku tak ingat yang kompom xde benda terlarang hik! Oh! ni aku selalu order.

Menu lain pun ada yang sedap cuma aku tak ambik gambar, tau je la makcik gelojoh bila makanan dah sampai tapi habisnya tak pun..tapi ni aku habis tau tau jangan nak gosip gosip hokay! dan paling happy minuman kegemaran aku dan jagiya PEACH TEA ada! wehooooo!

Kalau dah rasa terliur sila la datang ke restoran ini yang berdekatan dengan anda sekarang! ahahahaha maap di sabah belum ada lagi setakat ini, aku tengah proses mencari restoran korea halal di sini. Kalau ada aku post dan komen power ke tak ye okay du!

No comments:

Post a Comment