sihat? alhamdulillah kalau sihat...aku tak berapa sihat,tapi fizikal la..mental yang tak sihat ahahaha bukan gila okay cuma "thought" tu yang banyak sangat dalam kepala ni ehehehe...
Okay! done bermukadimah ceh! macam terer pulak buat perkataan tu entah-entah salah eja ahahaha..mari la kita eh bukan mari baca post aku ni pasal buah. Mungkin korang akan cakap "alaaaa musim buah semua orang tau la buat apa nak cerita lagi" yes! terima kasih la nak cakap macam tu kan walaupun tu hanya imaginasi aku orang lain cakap macam tu padahal takda lagi cakap kan? berangan lebih kau ni yana ahahaha
Semua tau sekarang ni dah musim buah semua ada macam-macam jenis buah, manggis,langsat,rambutan,durian sebut saja la memang ada kan? paling famous kalau buah ni mesti buah durian dan rambutan kan? soooooooo aku nak cerita pasal durian! haaaa jap jap aku nak bagitau sikit kat sabah kan kami menanti buah yang ada di sabah iaitu "Belunu" "Tarap" dan "Bambangan" mesti ada yang tak tahu kan? well korang tengok la macam mana bentuk buah tu.
Durian Merah
Setau aku durian merah ni ada kat sabah ja sebab selama aku kat semenanjung aku tak pernah jumpa lagi durian merah kat sana. Tapi sangkaan aku salah sebab aku baru saja pergi searching searching looking looking * tune ala ala alif aziz* kat internet sarawak pun ada maaa adoinya pun ahaha. Rasa durian ni lain dari durian putih tu,meh aku bagi korang paham sikit macam mana durian merah ni ;
- Rasa tak manis tak masam tapi berlemak sedap tak tau nak cakap rasa macam mana sebab aku main bedal ja makan sebab tu favorite aku ahaha.
- Buah dia kecik ja tak sama macam durian biasa,tapi biji dia besar.
- Kadang-kadang dia ada keras sikit tak lembut macam durian kita makan tu macam dia jadi keras langsat kira macam tu la eh susah pulak nak explain ni haha
- Dia ada 2 warna merah dan oren, dari aku tengok kat internet orang tu cakap ada warna merah jambu. Okay aku tak pernah jumpa lagi warna tu so aku konpius di situ,mungkin ada di mana-mana negeri kot atau luar negara.
- Bau durian sangat kuat kan? ni lain sebab bau dia tak sekuat dengan durian putih tu dan bau dia lain dengan bau durian putih so kita tau dia durian merah atau putih.
- Paling best durian ni kurang bagi korang panas, maksud aku bila makan takda la lepas makan tu asek rasa panaaaaas ja hahaha so tak perlu la minum air cap badak bila makan buah ni. Ni saranan aku ja okay kalau korang ada pendapat lain yang betul aku tak membantah.
- Segala fact yang aku taip ni adalah berdasarkan aku makan dan membesar dengan durian ni ahahaha membesar la sangat. Lagipun ni memang favorite aku jadi aku kena tau la kan.
ni gambar aku ambik mana-mana internet ja sebagai contoh sebab aku tak sempat ambik gambar takkan korang tak tau makcik ni gelojoh bila bab makan mana fikir apa-apa lagi hiK! |
![]() | ||
Ni pun ambik kat mana-mana gambar internet sebagai contoh |
Maaf kepada blogger yang ada nama kat gambar tu sebab ambik gambar tu tak minta izin..saya ambik sebagai contoh ye :)
Tapi, dari bila aku search pasal duria merah ni rata-rata review orang kat blog-blog comment kurang sopan di situ hahaha bukan apa aku rasa tersinggung sebab dorang tak pernah makan tak pernah tengok depan mata tapi dorang dah buat conclusion yang durian ni kacuk la durian kena pewarna la,nampak pelik la,kalau sedap pun terbayang darah la.Ada yang cakap durian ni tumbuh kat hutan tebal je nun di sana tak berani nak tanam takut binatang buas datang makan sebab bau dia kuat. Come on la dude,kalau binatang buas je datang dah lama masuk berita sekarang ni ramai tuan kebun durian merah mati di baham binatang buas gara-gara bau durian merah kuat..aku tengok pokok tu kat tepi jalan tu haaa setiap kampung tak ada pulak aku terbau buah durian tu. Ada jugak cakap durian merah makanan makhluk halus..tu aku tak boleh nak comment sebab tu aku tak expert cuma kepercayaan karut tak patut kita amalkan.
Dari aku la,siapa yang tak tau tu kena rasa dulu la baru buat conclusion (ah! lama pikir bahasa melayunya apa hish! maaf ya saya kena belajar lagi ni) ye kawan-kawan tapi kena datang sabah la jawabnya kalau nak rasa kan kan kan ahahaha alaaa airasia kan murah sekarang "Everyone Can Fly" dia cakap. Meh la datang sabah hehehe
Okay la tu ja aku nak post sebab kalau panjang-panjang korang menyampah nak muntah macam aku bajet tau semua hik hik sorry.
Seperti yang di janjikan.
![]() | |
Buah Belunu. Favorite tapi buah ni paling susah mau dapat walaupun musim buah |
Buah Bambangan. Selalu buat sambal tapi makan begitu saja pun sedap |
![]() |
Buah Tarap. Selalu buat kuih,makan macam tu ja pun boleh ba kalau kau hihi |
![]() |
kenalkan dari kiri durian merah,durian putih dan buah tarap |
Haaaa gambar last ni aku ambik sendiri semalam, aku dan kakak ofis singgah kejap kat kebun buah family dia sebelum kami meeting. Puas gila makan durian merah.. Sooooodap! (^^)Y
awat pelik duyan die yana?
ReplyDeletebiar pelik asal sedap ewah! hahaha
ReplyDeleteaku pnah jumpe buah tarap je mase balik kg hsbnd kt sarawak bln 11 hari tu. Ala2 buah cempedak kn tp kaler x same.. Buah2 yg laen tu mmg xpnah jumpe lg..
ReplyDeletebuah cempedak besar sikit isi dia,heehe datang la sabah,sedap tau
ReplyDelete