Friday, 25 January 2013

Addicted

 Salam,

Salam Jumaat...bila kita cuba sesuatu contoh makanan la kan, kita tengok macam sedap ja atau tengok orang ramai pergi beli makanan tu macam sedap ja kan? bila kita cuba kita pun! ADDICTED lepas tu beli la balik-balik hehehehe.

Tapi, aku nak post bukan pasal makanan..well memangla aku addicted dengan makanan hehehe tapi ni lain! ni addicted benda..benda yang dipakai okay bukan benda lain jangan nak fikir lain ya haip!

Sebenarnya lately asek tengok baju kawin ja...kenapa entah! bukan nak kahwin pun..maksud aku memangla nak kawin tapi tapi tapi ah! kita ni merancang je tuhan yang tentukan betul tak? ceeewaah! hahaha ayat tuuuu....takdela, yang merancang tu aku dan jagiya belum lagi kepada keluarga walaupun dorang tu asek bertanya kan mana mama dan mama jagiya.. eh eh bukan nak cerita pasal ni la haish! mesti selalu macam ni...asek lari tajuk..

Okay-okay ya! saya addicted kepada baju kawin tapi kepada seorang designer! designer yang terkenal. Bukan kat Malaysia tapi luar negara. Sape lagi kalau tak Eli Saab. Ahhh tak tau kenapa minat gila design dia yang macam see thru kerawang-kerawang eh aku tak tau la nak sebut kepala otak ni nak ingat tak teringat pulak. Well semalam dia keluarkan design baru memang cantik! sangat suka memangla cantik kalau tak artis antarabangsa tak akan pakai betul tak? macam dakota fanning,taylor swift,eva longoria even puteri-puteri raja luar negara pun pakai baju dia tau.

Nak tengok tak? nak la nak la...hahaha ni adalah koleksi haute-couture spring summer 2013 fashion shows semalam:



Ni antara yang aku suka sekali design dia, cantik kan? gambar-gambar kat bawah ni adalah antara koleksi dia masa fashion show semalam:

white

silver

gold

ni pun macam silver

gold+cream?

red

black

flower


Cantik tak? nak tengok koleksi yang lain klik ni Eli Saab Facebook 

Bukan sume pun baju kawin tapi boleh buat baju kawin kan?ala oter oter sikit tak bagi seksi hehehe jadi la baju kawin hehehe.

Well tu la addicted aku selain makanan, hehehe best tak aku cerita? macam tak best kan! kaaaan! ahaha saja melalut ngeeee daaaaaa

Love, Yana

2 comments: