Monday, 7 January 2013

AJL27 : Yunalis Zarai

Salam,

Mengikut dari tajuk tu, semalam Anugerah Juara Lagu yang ke 27 di menangi oleh Yuna dan dinyanyikan oleh aizat. Memang suka gila aizat nyanyi dengan sempo saja dia nyanyi macam terbayang kat seseorang tu sambil minum kopi ke neskafe? ahahaha tak sangka pulak menang kan! well congrats Yuna dan aizat! hidup 86! ahahaha takda kena mengena pun walaupun satu umur hahahahaha

Pada hari khamis tu dapat tau yang yuna tak dapat perform kan jadi hot fm buatla topik siapa yang layak ganti yuna nyanyi terukir di bintang kan. Masa tu ada pendengar cakap Tilu nyanyi best dan ya aku dengar pun sedap je dia nyanyi so mungkin dia la, dan petang tu adik aku bawa karaoke dan masa tu aku terfikir nak nyanyi lagu yuna wakakakaka selama ni aku karaoke tak pernah nak nyanyi lagu yuna kecuali lagu english dia tapi tak ada ja kat karaoke. Bila fefeeling nyanyi terukir di bintang resultnya hampeh! sebab aku nyanyi sumbang, tak ikut tune pastu sumbang ! ahahahhaha

Masa AJL semalam, tengok kat tv tu pun sejam dah mula baru aku tengok sebab niat nak pergi tandas ja tapi tengok abang dan kakak tengok aku pun tumpang sekaki la dan masa tu azlan and the type writer baru habis perform. Anak buah aku perempuan ni tiba-tiba terbangun dari tidur pun tengok sebab aku rasa dia sorang-sorang je kat bilik tengok aku hilang pastu dia pulak mana berani tidur sorang hahahaha. Nak dijadikan cerita anak buah aku ni kalau dia anti atau tak suka kat artis tu dia cakap macam-macam kat artis tu contoh semalam segment penutupan rock:


" hish aku bencila dengan *** *** (dia tak perform pun semalam) tu dia ingat macam dia legend la konon nyanyi rock tu sudah la tua!"

Mak dia jawab " apa pula dia tua,muda pula tu sama umur macam auntie idah kau, memang pun zaman dorang ba ni rock"

dia tak puas hati lagi

" yang ****** tu pun aku tak suka macam dia ingat dia rock legend komen-komen " aku aku kau kau" macam power kunun tak sedar diri" (artis ni pun sebenarnya tak perform jugak)

Aku dan mak dia malas dah melayan hahahaha sebelum ni dia buat macam tu jugak.

Tapi semalam tu dia buat benda sama aku rasa lawak pun ada ahahaha anti betul dia dengan orang tua legend-legend ni tak tau la kenapa. 

yang penting Yuna menang dan dia tak kutuk yuna tu penting ahahahaha aku bukan die hard fan pun tapi kenapa entah suka yuna menang. Padahal follow twitter dia hehehehe.



 Macam best ja tengok aizat nyanyi pastu ending muka yuna kat screen lambai-lambai



The Original Yuna


 Aizat version

 
Love, Yana

No comments:

Post a Comment