Wednesday, 16 January 2013

Mr. Berry

Salam,

Selamat hari rabu! dan aku diumumkan oleh seoran pakcik tukang hantar cek..."dengan ini anda telah di beri cek sebanyak *** tahniah la,kalau cash memang nak minta belanja la" aku terkejut dan ketawa saja la haha pelik juga la baru first time macam ni hahaha.

Sebenarnya bukan cerita pasal cek la hahaha nak cerita pasal En. Berry , En. Berry ni dah tua selalu sangat minta makanan,kami ingat dia dah lali la sebab dah tua kan,dah makan nak makan lagi. En. Berry ni sebenarnya seekor kucing haha dan kadang- kadang aku panggil dia BEWY saja la panggil manja-manja.

Berry ni kucing yang penakut, setiap kucing mesti ada kawasan dia kan? tak tau la kalau aku betul ke salah tapi Berry ni tak pernah jejak ke tingkat bawah (rumah dua tingkat) dan dia punya port kat dalam bilik abang yela dah kucing dorang kan. Oh lupa nak bagitau pasal Berry tu penakut ahahaha aku pun dah lali agaknya haha. Berry selalu kena buli dengan kucing lain,kalau kitorang bagi dia makan kat luar bilik maka kucing lain akan rembat dulu dan membelasah si Berry penakut itu. Dari situ kitorang bagi Berry makan dalam bilik je.

Berry ni penakut dia lain macam sikit, dia takkan masuk bilik aku I mean bilik aku,kakak dan anak buah kira kami 1 bilik tapi 3 orang la duduk haha okay tak lawak pun aku saja gelak.  Dari tangga dia dah nampak aku dan dia ikut aku tapi bila dah nak dekat bilik aku dia berenti tapi masih mengiau lagi..tak pun bila blackout dia akan kelam kabut berlari pergi sebelah orang sebab dia ni memang penakut..tak pun jugak tiba-tiba dia terkejut terus lari.. kira macam tu la jugak penakut dia tu. 

Tapi!!! bila masa makan amboi kemain, makan je kerja dia macam tak kenyang kucing ni tapi memang macam tu kot kalau jenis local shorthair  kan? memang kuat makan sebab tu diorang cepat membesar sebagai johan. Ada sekali tu aku memang geram sangat kat dia sebab dah la tengah geram kat orang lain lepas tu tengah PMS pulak, memang kena la kat Berry aku jerit kat dia tapi tangan tengah bagi makanan kat dia hahaha. Berry pun cepat-cepat makan terus blah. Ya dia memang pandai merajuk pun tapi kejap je la pastu dia minta makan balik haha.

Kadang-kadang aku pelik jugak kalau dia tak pernah keluar, kat mana dia membuang ek? haaaa persoalan dia tu aku tak dapat jawapan lagi sebab aku tak siasat aktiviti si Berry ni sebab bila aku cuti dia sentiasa ada kat bilik ja masa aku tengok tv dia kat sana jugak mengada. Tak percaya? haaaa tengok ni:

Tido nak sedap je

semua pun na buat dekat orang

Hai! saya Berry saya tido kat mana-mana saja asal best! kat kaki isi tulang je pon boleh!

Macam ni la aktiviti En. Berry, mengada tapi kena sayang jugak, ada sekali abang aku cakap "jerit ja la dari balkoni cakap kat kedai sebelah tu mau makanan kucing" gara-gara Berry asek mengiau ja kelaparan hahaha kerja gila. Oh Well Uncle Berry is the best hihihi.


Love, Yana

No comments:

Post a Comment