Monday, 14 January 2013

Nexus Karambunai

Salam,

Jumaat dan sabtu lepas pergi ke Nexus Karambunai Resort & Spa, Pergi bukan untuk bersuka ria tapi ada hal kerja, so nak ambik gambar tu memang la tak sempat sebab kami semua kejar  masa,makan pun kejar masa.

Bila dapat tahu 1 bilik dengan puan siti amat terkejut sedikit sebab mampu kah aku membimbing puan siti yang kurang upaya? dia tidak dapat melihat kalau tak silap memang dari lahir tapi jawatan dia adalah seorang pegawai tinggi. So bermula la aku jadi mata kepada puan siti,best jugak dan sedih sebab dia tanya macam mana permandangan kat resort,aku cerita la ada kolam renang,ada pantai,pelancong ramai. Ramai juga staff hotel bantu kami even pelancong, rasanya kami saja melayu di sana rata-rata pelancong. 

Paling best bila aku ambikkan puan siti makanan, aku tanya apa dia nak makan, dia minta banyak! tapi semua pun habis! bayangkan makan mee goreng, bubur, aiskrim, kuih-kuih dan aiskrim sekali lagi untuk breakfast..aku  tengok ternganga je sampai jeles nak makan aiskrim juga haaaa padan muka sendiri kan dah sakit gigi hahaha.. well tu pengalaman best yang tak best tv dalam bilik banyak tak terang huhuhu.


 
 Ni je la gambar yang sempat ambik dari bilik hotel, selebihnya memang tak ada masa nak bersiar-siar as I told you bukan untuk bercuti tapi untuk bekerja,hehehehe manatau honeymoon kat sini ke kan? tapi hati ni tetap nak GAYANA! bhahahahaha macam mampu kan.





Love, Yana

No comments:

Post a Comment