Assalamulaikum,
Salam Jumaat, well arini setengah hari di bilik meeting,setengah ke?sampai jam 2.30 haaa tak rehat pun...but enjoy la lepas meeting penting dapat facial ramai-ramai siap penolong pengarah lelaki pun ikut tau..tapi dia tak facial la dia letak moisturizer jek! pastu dia kuar solat jumaat. So sekarang ni baru sempat nak update blog (macam takda kerja pulak kan? ahahah)
Okay di sini nak cerita pasal zaman sekolah dan masa tu hujan. Actually tadi pagi hujan lebat la sangat! rasa tak nak pergi kerja ja kan aahahaha sedap ja tidur, tapi sebab arini ada meeting tak jadi la malas hahaha. Masa tengah berjalan tu teringat pulak zaman sekolah rendah kalau hujan.
Rumah dan sekolah sangat la jauh kalau berjalan kaki, tapi zaman aku dulu-dulu rata-rata ramai yang berjalan kaki okay! padahal start jam 7 tu. Jauh dia kalau di KL dari Pelangi damansara ke Kota Damansara la kalau jalan kaki macam tu la rasanya. Tapi kami boleh dari darjah satu sampai darjah enam tu jalan kaki bukan takat tu ja balik jam 12.20, jam 1.30 keluar lagi ke sekolah agama pulak pun berjalan kaki.
Okay short story la ahahaha bila masa hujan tu dah la hujan,payung pulak tak ada, kereta? memang tak ada la kan...terpaksa la menunggu hujan berhenti, tapi bila hujan tu lama pulak tak henti-henti terpaksa la redah ja dan terpaksa buka kasut sebab tak nak kasut basah nanti tak kering esok al maklum la kasut satu saja, berjalan dengan kaki ayam dari sekolah sampai rumah dan baju basah, apa yang aku nampak bila masa hujan kat jalan raya tu cacing yang best berhujan haha aku pun tak tau kenapa time hujan ja banyak pulak cacing warna pink berkeliaran, geli pun geli juga tapi elak la mana yang patut ahahaha. Bukan takat tu ja kalau masa hujan ni bila kat rumah adik beradik berlari kat luar mandi hujan. sekarang tak dah aku pun tak tau kenapa dah tak buat macam tu.
Rasa best ja padahal,takda pulak demam ka sakit ka kan. Masa kat sekolah agama lagila, sekolah memang kawasan lecak kalau hujan, budak-budak lelaki buat show kat lecak tu, tau buat apa? main slide badan diorang ahahahaha baju dari putih jadi warna coklat. Memang kalau hujan masa tu memang aku tunggu la hahaha sebab kami semua gelak ja bila diorang slide macam tu. Aku pulak main kejar-kejar sampai terjatuh dan kain pun basah, siap ustazah tanya "aziannah awak kencing ke?" hahaha sampai sekarang ingat kat ustazah aisyah tanya soalan pelik kat aku.
Pengalaman zaman kolej pulak bila masa tu hujan lebat sangat-sangat berhenti kat bustop call adik suruh ambik kat bustop, bila kilat tu menakutkan adik aku payungkan pun tak jadi sebab aku berlari dan menjerit sampai kat rumah basah bila naik tangga aku terjatuh sebab licin basah dari hujan baju basah hahahaha.
Tak salahkan hujan, hujan tu rahmat tuhan, tapi pengalaman masa hujan zaman dulu tu buat rindu pulak masa budak-budak kan? hehehe
Bak pesanan Sham Kamikaze:
"Doa Ketika Hujan - Allahumma soyyiban nafi'a - Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.(HR Bukhari)"
No comments:
Post a Comment