Tuesday, 2 July 2013

Cabutan Bertuah Pertama

Salam

Harini rasa rajin plak nak blogging sebab malas nak buat report hihi.



Jumaat lepas ofis aku ada anugerah pencapaian cemerlang pekerja untuk tahun 2012. Mulanya aku memang malas nak pegi sebab malam tapi penolong pengarah dah last day kat ofis aku sign jugakla nak pegi. Ni je yang aku sempat ambik gambar.



 
Seperti biasa dress tu aku beli kat the poplook dan shawl beli kat monera shop tu pun last minit beli shawl 



 



Sebab duduk dengan gadis ayu (nama dia razan) ni kitorang gila ambik gambar padahal bos tengah berucap kat depan ahahahaha..Masa ni semua nak balik awal sebab aku kena balik kampung terus esoknya ada kenduri datang puasa. Razan pulak ada date dengan buah hati cewah hihihi yang tak tahan ada kakak ofis tu nak balik awal sebab nak tengok drama "sebenarnya saya isteri dia" ahahaha aku dapat teka sebab aku pun tengok drama tu..tapi apakan daya tetamu jemputan lambat sampai so lambat mula dan kami lambat balik kena tunggu ucapan dan tunggu cabutan bertuah.
 
 
 Masa ni kitorang kononnya nak balik la konon konon je so ambik gambar sama-sama tapi masuk balik kat dewan sebab nak announce cabutan bertuah.

 


 



Dan tadaaaaa! razan paling best! dia dapat grand prize..tv flat screen yang semua orang ofis idam idam hihihi.Aku pulak dapat kipas yang aku tak sangka dapat jugak,yela selama ni memang takda luck pun kalau cabutan bertuah ni tiba-tiba masa kitorang nak balik tu pulak dapat..semua cakap nasib kau tak balik kalau tak kitorang angkut hehehe.. 

Ni la kenangan yang best dan last akan aku ingat sebelum aku angkat kaki ke tempat lain. Rindu la kat dorang nanti.

No comments:

Post a Comment