Wednesday, 31 July 2013

Makcik Yang Lawak

Salam,

Suatu Petang yang indah......

Aku naik mini bas seperti biasa untuk balik... muatan dalam 12 orang. Sebab aku yang last..dan ada 2 pelacong perempuan US duduk sebelah aku yang aku rasa nak pergi airport sebab bag dia besar gedabak sampai aku tak boleh lalu untuk duduk dan abang driver tu cakap...

" ko pijak je bag dia kalau dia tak bagi ko lalu"

Semua pun tergelak, mungkin pelancong tu rasa bersalah dia minta maaf la kat kitorang... "sorry sorry" tapi dia tak angkat pun bag dia tu bagi aku lalu hampeh..aku cakap its okay je la.

Masa tengah berenti kat traffic light aku terdengar sorang ni cakap kat kawan dia (2 pelancong tu la)

(aku translate hahaha) " cuba ko tengok polis trafik tu tengah arah kereta-kereta lalu" siap dia bagi alih bahasa kat trafik tu " come on come on faster faster" 

Bila dorang cakap camtu siap gelak-gelak aku pun tergelak jugak sebab dahla sebelah dorang tapi aku tahan je takut dorang tau aku paham ahaha.Tapi dia ada cakap camni...

" wow! laju nya polis tu terus kejar kereta yang laju, bagus"

Aku kira bangga jugak tapi rupanya trafik tu sebenarnya tak kejar pun kereta laju(mana ada kereta laju hew hew) sebenarnya dia nak bagi laluan untuk VIP masa tu mungkin ada urusan rasmi sebab lepas trafik tu dah jalan ada lagi sekumpulan trafik escort kereta VIP.

Masa tengah jalan tu aku perasan macam pelancong tu letak sesuatu kat baju dia,dan aku rasa macam duit tapi aku biarkan je,yela duk sebelah dia manala aku tak perasan.

Dia tanya aku macam mana nak berenti untuk ke airport?aku cakap kat dia berenti je mana-mana bustop kalau nampak airport sebab memang tak ada bas hantar ke airport kecuali teksi atau sewa tapi aku fikir dorang ni nak jimat duit la tu murah sikit kan tapi kena menapak la dorang sebab airport tu kena menyeberang jalan.

Bila dia nampak dah airport dorang dah gelabah suruh abang driver tu berenti,kitorang duk belakang sekali..dorang siap ketuk siling bas...ewah ingat negeri aku miskin sangat ke takde lonceng? mini mini pun ade tau aahahaha maka aku la tukang tekan lonceng untuk dorang.

Bila pelancong tu tanya berapa harga tambang kat abang driver tu,dia keluarkan RM5 dari baju dia....

Nak tau tak dari mana? 

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







Dan makcik sorang ni tiba-tiba bercakap

" Oooo rupa-rupanya dorang pun simpan duit dalam bra ingat aku je buat macam tu"

Tergelak la semua penumpang dalam bas. Nasib dorang tak paham kan ahahaha.



Love, Yana

1 comment: