Monday, 22 July 2013

Ramadhan: Mama Trip take II

Salam,

Haritu aku ada post mama trip kan? tapi aku pikir macam tak best pulak aku post kira nak edit la tapi tak jadi la kita buat post baru boleh tak? hihihhi mengada nak tanya pulak kan..sukahati aku la kan kan kan asal tak ada kena mengena dengan orang yang terasa. Eh! terlebih..

Okay kali ni aku akan cerita dari peringkat peringkat sebab kalau nak taip macam perenggan kira bosan pulak kan?aku bukan seorang puitus ke tukang tulis cerpen ke even novel pun tak pernah! Bahasa Melayu tegar pun aku kurang hew hew hew maaf.

Kami bercuti (kira bercuti la tu kot) 4 hari ja.

Hari Pertama
  1. Flight petang so sampai kat hotel dekat jam 4, rehat,solat tunggu adik siap kerja kami sungkai di jalan chow kit. 
  2. Kawasan ni ramai yang nak minta sedekah bagai jual mainan la tapi aku baru pertama kali tengok seorang perempuan ni,macam tak betul minta duit tapi kami tak bagi,kalau mama memang dia bagi tapi kami cakap tak tak..sekali dia cakap...
"sate tu habis makan tak?" dia tanya kat adik aku sebab ada lagi sate 1 cucuk dia tak habis makan lepas sungkai. Adik aku bagi la..aku pulak teringat dengan mee bandung aku bungkus sebab terlalu pedas aku bagi kat dia..masa tu bersyukur sangat sebab aku dapat elak dari membazir syukur.suka hik!

Hari Kedua

  1. Ke H&M ni cadangan mama nak belikan bag untuk anak "angkat" kesanyangan dia hihi aku pun borong sekali.Oh! kami ke Times square dulu beli kasut abang masa ni mood aku tak baik sebab permintaan tak diluluskan (handbag). Jadi beli handbag murah kat H&M
  2. Happy gila dapat bag yang tak diluluskan muahahaha siap si jagiya aku pukul tangan dia muahaha.
  3. Mama happy gila lepas jumpa kawan ermm bisnes la actually dia saudara juga. Dapat share letew! siap tak nak aku dengan jagiya ikut sekali.
  4. Tak dapat cari tempat sungkai mama ajak makan kat secret recipe je.
Hari Ketiga

  1. Pagi ke jalan TAR sebab nak belikan tudung anak "angkat" kesayangan jugak ahahaha.
  2. Kisahnya nak beli kurma je tapi dia bantai beli serunding,acar buah..tapi tu aku yang tunjuk muahahaha.
  3. Kami ke Sogo nak pegi beli seluar adik nasib ada uniqlo tapi yang pelik mama tak beli seluar uniqlo yang RM1++ yang memang ada saiz adik nak sebab yang harga 80 takde saiz. Dia nak beli jeans tak cantik kat sogo harga 1++ terus aku suruh jangan beli.Pelik kan? hew hew hew
  4. Kami balik awal,mama sungkai dengan adik,aku sungkai dengan kawan-kawan...tengah jalan hantar mama ke PWTC kami dapat bag sedekah dari RHB bank,sampai PWTC hotel seri pacific pulak bagi sedekah lagi. Bubur lambuk+air mineral
  5. Aku siap sungkai terus ambik mama dengan adik pergi uptown,masa tengah tunggu dorang kat hotel ada orang ni ketuk pintu kereta, aku cepat-cepat jerit kat jagiya "kunci pintu" bahahaha.
  6. Rupanya dia mintak makanan,teringat makanan yang kitorang kena bagi tu bagi kat orang tu. Buat suspen je hew hew hew yela muka macam ganas.
Hari Keempat

  1. Melawat tempat kerja adik yang ada convention kat PWTC, actually orang yang sudah ada bisnes je boleh masuk,kakak aku tipu kami dari tempat kerja adik,dah aku nak tanya kat 1 kedai ni orang jepun tanya aku apa aku jual..tergagap nak jawab sebab tak tau muahaha...tak guna!
  2. Kitorang balik jam 5.20 petang so maknanya sungkai dalam kapal,sampai kk jam 8 tapi dalam kapal kami sungkai dekat jam 7.15. Mama tak sabar dia cakap "kan dah dekat dengan KK ni kenapa tak sungkai lagi ni? "
  3. Sampai je terus pergi makan,tapi takda selera lepas sakit perut makan sandwich malindo huhuhu (aku je takleh makan sandwich tu okay bukan semua orang).
So tu je la....esoknya jumaat aku kerja terus praktis kawad kaki,aku ingat perbarisan biasa sekali bertanding!  matila!!! raya muka sunburn la ni...

p/s anak "angkat" -tempat kerja ada dua kwn kerja mama hehe.
-ada post sebelum ni terpaksa delete walaupun tak sebut nama si polan tapi let bygones be bygones.

bilik yang okay la,tapi tetiba peti ais rosak huhu sedih.


Sebab kami ditinggalkan berdua mama dan kakak pergi jalan-jalan ini la kami buat hew hew hew

Salad mama dia cakap ni sayur dia hik hik

Lepas ni tak nak order ni! masam(lemon) dan berkeju.

Tu je sempat ambik..lain-lain hari takda masa dan malas hew hew hew

Love, Yana

No comments:

Post a Comment