Salam,
Morning! arini ofis lengang sikit sebab ramai pergi kursus so ada time sikit (sikit? ahahaha) untuk update blog ni hew hew hew (sekarang ni dah addict dengan gelak tu)
Dari minggu lepas aku cuti sampai la khamis bak kata kakak sepupu aku mengalahkan orang cuti raya hehehe, aku cuti pun nak teman mama berehat sebab adik beradik lain ada komitmen aku aje la yang boleh temankan since aku free sangat sampai cuti pun banyak sedangkan ada 2 bulan lagi kontrak yang tak nak disambung atas sebab tertentu, asal aku citer ni lak? eh!
Berehat maksud dia plus jalan-jalan la jugak kan, kami tinggal kat hotel yang berdekatan dengan LRT dan anak dia sorang tu ada convention dekat-dekat sana jadi senang la nak berkumpul, yang aku tak puas hati tu kan boleh plak hotel tu pasang cerita rempit kalau bukan rempit cerita hantu,lepas tu rambo lepas tu cerita yang ada john travolta ngan hugh jackman tu ulang-ulang tak paham aku...channel biasa memang takde paling okay pun aku terpaksa jugak tengok lord of the ring dengan Madagascar tu pun mama cakap asal tengok kartun?ahaha
Masa jalan-jalan tu singgah pavilion, mama dah banyak kali kot pergi sana tapi dia nak ambik gambar kat fountain tu tengah-tengah aku nak ambik feel tu terjumpa pulak kawan bisnes,aku dah terpinga-pinga kat situ kena bagi tinggal sebab dorang dah pergi tingkat bawah siap sign tangan jangan ikut bhahahaha nak tergelak pun ada jugak nasib baik la ada jagiya kalau tak memang aku sorang-sorang la angkat barang shopping.
Tapi nak cerita la kat korang pavilion punya nail salon kan kira murah la sebab mama buat scrub kaki je kat KK dia caj 70, kat pavilion tingkat 6 dia buat bersihkan kuku kire pedicure without color plus scrub urut sikit dia caj 50 je...korang pegila kat sana cuma aku tak ingat nama kedai yang aku ingat dia salon rambut plus dengan nail salon kat belakang.
Tujuan utama mama sebenarnya nak beli kurma timbang je tapi bila kitorang balik bawak beg besar gedabak, mama confirm ingat cucu-cucu kecik dia beli baju kasut untuk raya, adik bongsu memang tak tinggal la mesti belikan. Aku? aku dah tanya mama awal-awal nak bag,tapi respond tak memberangsangkan sampai aku buat layan tak layan je,bila aku nak singgah kedai tu tengok-tengok, mama cakap kalau nak ambik la...aku rasa nak gelak je ahaha tapi aku sengih je la muahahaha.
Sepanjang kat sana aku risau jugak mama kena gastrik tapi alhamdulillah mama kuat,dia tukang bangunkan sahur hari-hari bukan sekali tapi banyak kali dia kejutkan aku,nasibla kat KL imsak kul 5 lebih tak macam kat sabah,kalo tak memang aku tak larat la sebab tidurnya pukul 2. Sampaila kami kat dalam kapal terbang berbuka kat dalam kapal mama tengok jam dekat jam 7 dia cakap ni nak sampai sabah patut sungkai dah ni,aku tengok langit pun terang lagi aku suruh mama sabar dulu,then jam 7.15 camtu ada pengumuman sungkai,tau sajala malindo dia bagi sandwich dengan air je dan ramadhan ni dia bagi kurma,nasib kurma tu sedap kalo tak sedap memang kelaparan la sejam nak tunggu sampai KK, tapi aku tak tahan aku nak makan jugak sandwich tu walaupun aku dah terkena gastrik gara-gara sandwich dorang..ingat tak ade la apa-apa tapi sampai airport je perut dah memulas ok! noted! jangan makan sandwich malindo. (untuk aku je okay korang ble je makan,mungkin ade dairy sbb tu aku tak le makan) Padahal kitorang dah beli untuk MAS cuma mama nak balik awal so beli tiket baru dan murah kat malindo,kalau tak memang kenyang dah makan dalam MAS kan kan kan?
Masa teman mama ni aku jarang ambik gambar so gambar takde aku post cmni je la...ahahaha daaaa
Love, Yana
No comments:
Post a Comment