Salam,
Esok bermula la kita puasa bagi umat islam seluruh dunia. Eh! Tak seluruh la sebab ada yang masa berbeza kan?
Kalau ramadhan je confirm korang dah start nak cari baju raya, kuih raya, dan pelbagai raya kan? Aku? Confiiiiiiirm la sama haha cuma tahun ni aku bersedia awal, shopping raya pun dah awal cuma baru 70% tapi kira okay la tu kannnnn dari sebelum ni asek last minit jer! Geram pulak bila pikir huhu.
Okay tak nak cerita benda tu boooooriiiiing! Hehehe.
Kalau puasa kan mesti teringat cerita mama sebab dia suka cerita anak-anak dia masa kecik. Terutama sekali melibatkan minyak gas (gasoline) tau kan? Yang kita bubuh kat pelita masa nak dekat raya tuu sabah panggil cucul.
Kenapa dengan minyak gas? Abang aku sorang ni masa kecik nakal betul..mama cakap waktu buka puasa tu dia main hentam je minum air dalam botol yang isinya minyak gas, tau je la kan minyak tu warna putih dalam botol air minuman pulak..dan dan letak kat tempat buka puasa haaaa masuk hospital la si abang hehehe nasib la tak jadi apa-apa.
Legasi dia tak putus sebab anak-anak kakak pulak minum minyak gas setiap tahun haaa bayangkan. .merbahaya sungguh dan cuai hihi.. Aku je baik ceh! Kecuali bulu mata terbakar sebab kusyuk sangat meniup minyak gas dalam buluh meriam....tak nak meletup dia kuar api kat tempat aku tiup haaaaa apa lagi kontot la bulu mata huhu.
Kakak pulak dulu jahat sebab masa tu aku pakai baju kurung main bunga api,dia gelak-gelak main bunga api kat belakang baju aku..daaaah bocor kerja dia.
Ada sekali tu kitorang tengah isi minyak gas dalam cucul tu kan kalau dia dah nyala mesti jadi hitam kan..aku yang lupa pasal tu siap lap kat muka pastu ambik gambar adik beradik dorang gelak-gelak tapi buat tak tau aku yang konfius tak tau apa-apa buat tak heran je sampai la gambar tu kena cuci (yela dulu-dulu kan mana ada digital kamera memang surprise la nak tengok gambar kan bila dah cuci) bukan main meriah lagi coloreng hitam kat dahi dan pipi masa ambik gambar tu posing dah maut tapi muka maut gak la.
Banyak lagi pengalaman tapi aku cerita ni je la yang lain semat dalam hati hihihi poyo! Paling tak boleh blah bila aku tertinggal flight balik sabah huhu sedih yang amat sebab masa tu raya pertama. Okay! Daaaaa hahahaha
Aku tak reti lukis wei! hahahaha ni cara aku tiup masa tu. |
SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
hehe..bila teringat raya masa kecik2 dulu best sbb boleh suka2 hati main mercun dan bunga api..hehe.anyway..salam ramadhan sis :)
ReplyDelete