Tuesday, 30 July 2013

RAYA : Baju Raya Tahun Ini 2013

Salam,

Tahu tak anda bahawa jika anda lambat hantar tailor kain anda maka tiada siapa yang mau ambik? nak ambik tapi caj dia 2 kali ganda (dah pernah kena).

Haaaaa ni nak citer la sikit la kan kan kan, tahun ni kira full aku kat sabah ja sebab sebelum ni dari kl..selama kat kl tu aku jarang jahit kat sana selalu aku suruh jahit kat sabah ja,contoh pakai saiz mama,but since mama semakin happy maka anak kurusnya ini tidakla dapat minta contoh. Jadi aku selalu beli baju kurung siap,harga lebih dari jahit la sebab dia mahal sikit kan kalau dah siap,lebih-lebih lagi ada beads.Selalu beli 2 3 pasang ja,yang lain pakai baju kurung lama atau rembat mama punya baju muahaha sebab dia banyak baju kurung selalu pakai untuk function.

Tapi tahun ni secara tak sengaja aku beli lebih awal sebab takut tak sempat kang jadi macam dulu belinya kain 30 ringgit upah jahitnya 120 ringgit ahahaha. Kain aku beli awal gak tu pun ambik hati sepupu beli la kain dia jual huhu, 1 lagi kain beli masa mama bawa shopping untuk raya. Ada 2 je? haaaa 2 je kan..yang lain aku beli siap punya,mana yang online lagi mana aku dah beli awal tapi tak pakai..some of them dari the scarflets punya butik..

Kira punya kira nak dekat 10 pasang kau! melebih pulak kan! nampak macam aku excited sangat nak raya tapi hakikatnya niat aku nak beli awal-awal supaya nanti tak lambat, dan terpaksa beli lagi sebab aku gatal mulut bagitau mama tema warna biru...padahal sendiri tak ada baju kurung biru. 

But no worries! ada website yang harga dia berpatutan dan boleh cakap aku selalu beli kat sana,tapi maaf! tak nak reveal sekarang nanti tak surprise muahahaha jahat tak? 

Everything dah setel cuma satu baju je lagi aku tak jumpa kain dia,sebab aku beli baju je yang tak ada kain dia,dan aku pening nak mix color dengan apa, baju tu color peach pink,aku tak nak samakan color skirt sebab nanti macam orang nak kawin wahaha (aku sendiri la punya perasaan)

Okay raya dekat seminggu lagi ni misi mencari skirt akan diteruskan sebelum balik kampung, so korang macam mana?

Love, Yana

No comments:

Post a Comment