Monday, 26 November 2012

Festival Bagandang Beaufort 2012

Salam

Pada 23hb nov lepas berlangsung Festival Bagandang kali ke empat di daerah beaufort dan mengadakan bermacam-macam pertandingan dan juga pameran-pameran dan sudah pastila kumpulan bagandang ada kan terutamanya Kulingtangan.

Aku tak banyak ambik gambar sebab masa tu aku mengalami sakit yang amat teruk yang semua orang takkan tahan. Sakit gigi ahahahaha memang tak tahan masa tu,dah la panas bertambah la sakit,terusla aku pegi klinik untuk terus cabut sebab teramat la tak tahan tapi customer cik jah ni ramai la pulak...sampai tersengguk-sengguk aku tunggu siap sakit pun makin kurang...bila dah turn aku,tak boleh cabut la plak sebab gusi bengkak dan gigi tu tersepit di tengah-tengah adoi la...terpaksalah kena bagi ubat bagi hilang sakit tu baru boleh cabut.

Tapi! sakit tu dah main kurang so aku pun riang ria la tengok persembahan kat festival tu,yang aku sempat tengok pada hari sabtu jam 2 petang pertandingan Ratu Bagandang, ala macam pertandingan ratu cantikla kiranya,tapi ada 2 kategori, remaja dan vateran...paling best vateran la..ada sorang tu berumur 55 tahun mempunyai 5 orang anak daaaaaaaaaan 15 orang cucu! apa lagi bersorak la semua orang ahahaha. tapi kami  balik untuk rehat sebab nak datang malamnya pulak....

Malam tu kami bersiap terus duduk di depan sekali ehehehehe untung juga kan,malam tu pulak persembahan dari negara Brunei dan negeri jiran Sarawak,tapi yang aku dengar dari Brunei ja,takde pulak dari sarawak...yang paling best tengok Sabah Idol. Siap ada yang lupa lirik,masa tengah nyanyi dia tersebut "eh!" apa lagi tergelak la semua orang dan sorang perempuan perempuan ni menyanyi my destiny teramat la sumbang sampaikan juri tanya dia "kau rasa kau nyanyi ni suara lelaki ka perempuan" ahahaha jahat ooo kesian dia padahal muka cantik sudah,malu betul dia nampak kami ketawakan dia yala kami kan duduk depan sekali. Tapi paling bagi goose-bump tu ada orang ni suara dia betul-betul macam arwah sudirman. Kira best jugak la sebab MC dia sangat lucu so tidak la jugak mengantuk dan tepat 12 tengah malam ada pertunjukan bunga api dan sebelum tu artis jemputan dari lotter dan razali rahim pemenang kulingtangan bukan setakat di malaysia tapi di luar negara. Proud of my people oooo, mama pulak tak sabar bagitau aku tula razali yang kau cari-cari tu ahahahha lawak ja.

Akhir malam tu di akhiri dengan pengumuman 20 finalis sabah idol untuk bertanding pada esoknya,aku tak pergi esoknya sebab kami semua kena balik KK cepat.


Perkara lucu masa festival aku rasa:


  • Bibi (niece umur 8 tahun) cakap Sabah Idol ni macam The Voice sebab ada pengkritik kan ahahaha tak sangka dia pun minat The Voice.
  • Perasan ada lelaki ni duduk dekat VIP lepas tu ambik gambar mama then dia tunjuk kat mama tapi mama buat tak layan,aku heran kenapa mama tak layan,aku tengok la baju dia,segak tapi tengok bawah.......selipar jepun?? ahaha confirm orang tak betul. dia ambik gambar kakak,cousin gambar mc,ambik gambar sendiri,tapi yang lucu dia suka ambik gambar cousin aku,terpaksa cousin aku tutup muka dia dengan botol..masalahnya dia ambik bukan sekali dua tapi tah berpuluh-puluh kali ahahaha kakak aku asek gelakkan dia ja jahat betul.kawan ofis mama cakap tahun lepas dia ambik gambar jugak tapi pakai kamera yang takde filem,tahun ni advance sikit ada handphone sendiri ahahaha lawak gila aku rasa..
So itu sajala ye...aku ni pamalas ahahahaha...



Bunga api semasa festival bagandang.ni je aku nk post lain aku malas sebab kat phone hihi




No comments:

Post a Comment