Salam,
Mesti anda semua sudah tengok twilight saga kan? confirm la korang tengok dah final kan cerita dia, aku pun tak nak ketinggalan tengok walaupun pokai kan, tapi terima kasih sangat kepada adik bongsu yang comel loteh (puji lebih sikit) tolong bayarkan dulu dan tolong booking sebelum cerita tu keluar. Beruntung ni ada adik kerja dekat cinema hihi.
Pada mulanya adik aku tanya masa kami tengah karaoke(adik belanja juga,baik sangat adik aku ni) dia tanya la nak tengok tak twilight khamis ni?aku pun on saja la terus suruh dia booking. Mulanya dia cuma booking 5 seat,padahal yang confirm aku ja. Aku terus tanya kakak ipar nak tengok ke tak sebab aku tau dia dah cerita kak sepupu tak sabar nak tengok,jadilah kami 8 seat confirm tengok hari khamis jam 9 malam.
Aku dengan baju kerja malas nak bawa baju tukar ahahaha jumpa adik di center point makan(kena belanja lagi,baik sangat ni). kakak tiba-tiba call suruh tambah 2 seat lagi,padahal masa tu dah jam 6 petang. Adik aku pun dengan power yang dia ada tanya kawan dia dan memang hari bertuah kami la masa tu ada kosong betul-betul seat sebelah kami juga,maka 10 orang la kami sekeluarga menonton twilight hihi.
8 nombor bertuah ehehehe
akmal dan anis
sejam sebelum movie,lepak di upperstar
tengah ready untuk movie ternampak anak buah dengan tunang dia,dorang tak perasan tapi kak sepupu cakap ambik je gambar dorang,aku ambik mula-mula taknak pakai flash takut dorang perasan tapi kakak cakap dorang tak perasan tu,sekali aku ambik pakai flash........ni la jadinya...terkantoi! gelak berabis la kitorang..gambar ni xclear sebab zoom berabis dah tu gelap plak kan.
antara family yang tengok twilight saga breaking dawn
sinopsis:
cerita dia adalah sambungan breaking dawn part 1 tahun lepas,yang bella dah jadi vampire macam husband dia edward dan paling best bella paling kuat antara vampire lain dan boleh lindung husband dia dan family dia dari terkena ancaman macam ada dinding pelindungla macam tu,bella dan edward mempunyai anak separuh manusia separuh vampire. dah la comel macam nak cubit je pipi tu ,dia makin membesar dengan cepat dan tak di sangka dia di takdirkan akan bersama jacob suwet la tu kan. di sebabkan anak bella dan edward ni ada power macam diorang cousin edward tersalah anggap yang anak diorang ni bukan vampire lahir dari semula jadi tapi di jadikan vampire maka dia buat laporan dekat volturi. tau je la kan volturi ni jeles dengan keluarga carlisle yang semua ada kuasa hebat. tu la peluang mereka nak hapuskan keluarga carlisle. Dari situ Bella dan keluarga baru dia berusaha mencari saksi untuk membuktikan anak diorang ni bukan seperti volturi sangka kan. so dari situ la bermula kejadian best berlaku yang korang kena tengok sendiri ehehehehe best woooo bella kali ni berlawan tak macam sebelum-sebelum ni dia awkward je xde power langsung. walaupun citer die macam ermm budak-budak takleh tengok sangat ehehehe tapi boleh la tengok part lawan tu..So pada yang tak tengok lagi better tengok la ye dah final dah pun kan kan. (rasa nak tangok dari mula sampai akhir ni)
comel gila kan reneesme ni
cantik pulak bella ni ni bila dah jadi vampire
Benjamin: antara saksi bella.hensem kan?suka tengok muka dia macam bruno mars kan?
Okay itu aje la post aku, next tengok HOBBIT pulak. ^^
No comments:
Post a Comment