Sunday 29 September 2019

Sambal Bilis Petai Mudah 123

Assalamualaikum gais!

Haha zaman sekarang yang mana-mana ayat mesti ada gais di belakang kalau nak bagitau semua orang dan aku pun terjebak hahaha.

Okay ni resepi bagi mereka yang baru nak berjinak nak masak sambal ada petai dan tetiba termakan petai lepastu sedap dan kau nak buat sendiri tapi kau blur macam mana ek resepi die so ni la aku buat ikut sedap tekak aku je haha sebab aku mula suka makan ni sejak kawin dengan keluarga orang nogori la kalau tak memang aku takkan sentuh petai tu ihi. Resepi mungkin tak sama la dari yang sebenar sebab aku main masak je asalkan sama tapi tak lawan mertua & famili masak la.



Bahan-bahan;


  • Ikan bilis
  • kentang (di potong saiz wedges)
  • Bawang Bombay ( hiris)
  • Cili padi ( ikut tahap pedas korang banyak mana)
  • Petai ( ikut korang banyak mana bersesuaian dengan banyak kentang dan bilis)
  • Minyak
  • Garam secukup rasa (optional)


Cara-cara;


  • Goreng ikan bilis dan kentang sehingga masak dan biarkan seketika untuk dicampur nanti
  • panaskan minyak kemudian tumis bawang kemudian masukkan cili padi sehingga mengeluarkan bau sedap (kalau dah bersin tu pedas la tu ihi)
  • kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang sudah digoreng tadi gaul sehingga rata sekejap sahaja
  • baru masukkan petai dan gaul rata, boleh letak garam untuk secukup rasa tapi ikan bilis selalunya sudah masin jadi ikut kesesuaian korang okay. Siap!
  • Ada aku tengok resepi blogger terkenal dia masukkan air asam jawa selepas tumis bawang &cili padi untuk bagi ada kuah sikit & rasa masam sikit kalau korang nak tambah boleh saja sebabnya aku dah pernah cuba dan rasanya okay boleh makan cuma aku nak buat yang mudah je ihi.

Selamat mencuba!




Love, Yana

No comments:

Post a Comment