Wednesday, 25 September 2019

Sambal Steamboat

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi selepas beranak anak kedua YES! Kedua! Hahaha tu post lain la cerita. Ni nak post pasal sambal steamboat sebab aku tetiba teringin pastu buat perghh sedap gila lagi-lagi hirup dengan kuah kan.

Sebelum ni aku buat sendiri kalau kat rumah, masa tu belum ada anak lagi maka kami berdua la ber steamboat, RR suka la dia sebab yang power tang sambal yang rasa dia dekat sama dengan sambal restoran steamboat kegemaran kami pulau ketam steamboat.

So inilah bahan-bahannya;

1 sudu sos ikan
1 sudu minyak bijan
1 sudu soy sos/ seasoning pun boleh
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
5 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)
*Ini untuk dua orang makan*

Cara-caranya;

Campurkan sos ikan, soy sos, minyak bijan dan gula dalam mangkuk dan kacau, tumbuk bawang dan cili padi hingga lumat atau nampak hancur sikit sahaja untuk kekal rasa kemudian satukan bersama sos tadi kacau sampai sebati dan walllaaaaah! Tak perlu tambah garam sebab soy sos atau seasoning sos tu dah masin.

Cicahlah dengan lauk steamboat dan sesuai dengan clear soup ya , selamat mencuba!

Love, Yana.

No comments:

Post a Comment