As Salam,
Seperti yang semua tahu Beaufort telah dilanda banjir besar dalam 15 tahun.
Ianya berlaku pada khamis lepas 14 feb 2014 yang pada masa itu aku anggap banjir biasa saja, yela beaufort ni memang selalu banjir tapi jarang sekali masuk rumah paling pun jalan raya je banjir.
Tapi kali ni aku tengok air tu makin naik, air makin deras dari depan rumah sampai belakang, bila aku baca tweet sabahan rupanya keningau dan tenom banjir dan mereka terpaksa buka empangan untuk mengurangkan banjir teruk di tempat mereka.
Hari jumaat keadaan makin teruk bila rumah dimasuki air banjir. Aku dan keluarga bertungkus lumus mengemas dan manyapu air tu keluar dari rumah padahal air tu tetap masuk tp nak sapu jugak kan. Well nasib abang aku ni bijak di hadang dengan papan supaya air tu tak masuk dan alhamdulillah kami bergumbira dengan kelaparan huhu ya la banjir kan mana ada kedai buka.
Kami bernasib baik keadaan tidak teruk dari mangsa banjir yang rumah, kedai habis tenggelam dan alhamdulillah mereka diselamatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Terima kasih pada yang prihatin dan pada yang tahu cakap saja mohon diri tu muhasabah okay.
No comments:
Post a Comment