Thursday, 27 February 2014

Choo sarang "Return Of Superman"






As Salam,

Kenal tak siapa Choo Sarang? Mungkin siapa yang tengok Return of Superman mesti kenal dia si kecik molek comel tahap nak minta sign je kat die tapi dia belum pandai lagi hihi dan jauh nun sana jepun memang tak mampu la kan.


Okay kalau choo sunghoon kompom la korang kenal kan? Alaaa yang peninju tu dan dia pernah masuk dalam Runningman dulu kalahkan jong kook, kalau dalam runningman dia macam ganas dan boleh tumbangkan semua runningman tapi dalam Return of Superman ni sunghoon sangatlah caring dengan anaknya choo sarang.. yela siapa tak sayang anak ye dak? anak pertama pulak tu...


Dalam show tu bukan choo sunghoon saja tapi ada tiga lagi bapa diuji adakah mereka boleh menjaga anak mereka jika isteri mereka tidak ada di rumah. Memang semua anak dorang ni comel tapi aku suka betul tengok sarang ni,comel satu hal yang buat aku tertarik tu dia kuat makan tu pandai pulak makan sendiri makan nasi lagi! kebanyakkan yang sihat punya makanan, pisang,anggur,jagung,yogurt,jus dan air biasa.


Macam senang jugak lah si sunghoon jaga anak dia ni cuma tu la kalau tak ada nasi kompom la sarang tu nangis tak nak makan lain selain nasi. Kita ni yang belum kahwin atau tak ada anak lagi bila tengok sarang tu mesti rasa nak anak macam dia sweet je tapi tu semua kita berserah pada Allah, itu ketentuannya kan.  :)



Kalau nak tengok si sarang ni kenalah ada Astro kat rumah tapi aku rasa ramai yang ada Astro kan? hihi channel pulak channel KBS World CH 932 setiap ahad pada belah petang aku tak silap. Tapi mungkin korang akan suka dengan budak lain kot iaitu Junu&Joseon (adik beradik), Haru, dan Sojoun&Soeoun (adik beradik kembar baby lagi) serius dorang semua kiut miut. Bapa dorang pulak adalah selebriti korea.




Tengokla si Rain yang hensem tu pun suka kat sarang.



Comel tak Sarang?



Si Sarang yang kuat makan, macam cakap Hwijae "tough Sarang"



Ni la bapa Sarang yang kalahkan Jong kook dalam Runningman 

Last sekali, dua beranak ni comel sekali hihi

2 comments:

  1. aq pun gla show ni skrg! haha sarang cute haru pun cute sbb dia weird kn..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarang cute ganas, c haru cute banyak cakap hahhahaa siuk kan

      Delete