Assalamualaikum,
Alhamdulillah rezeki Allah bagi selepas 9 bulan menanti aku disahkan mengandung yippi!! Excited okay. Mau tak excited tiap kali lewat sehari dua pegi beli upt kot hahaha.
Aku nak cerita dari mula lah haha boleh la sebab lama tak post blog ni. Ini je la aku rajin nak post sebab gembira nak share pengalaman.
Masa tu aku excited nak balik sabah sebab cuti raya haji dan aku nak pegi ambik sijil nikah tapi biasalah bos suka menghalang kalau aku cuti lama. Kalau yana tak ade 1 2 hari memang huru hara ofis. Tapi aku buat perangai la pi lawan cakap bos haha jahat jugak la so dapatla cuti seminggu. Memang busy la seminggu bukan boleh jalan-jalan banyak pun sebab memang niat setelkan hal yang tertunda. Sijil nikah beres cuma nak buat kad je payah huh malas nak cerita.
Dan masa tu cousin kawin so memang busy jugakla dari nikah berinai dan sanding pegi sebab cousin rapat. Masa tu jugak tanda-tanda nak period memang ada so aku anggap la memang nak period. Makan kat sabah semua aku pulun sedap wei lama tak makan makanan kegemaran. Yang lawaknya masa majlis cousin tu kakak2 sepupu tengok aku lain macam pastu tanya aku pregnant ke tidak, aku dengan selambanya jawab jangan terpedaya kak sebab ni buncit hahaha dia pun gelak ja. Betul lepas aku kawin memang perut aku membuncit sebab selera asek bertambah ja.
Bila balik KL tu kami sampai rumah dekat 3 pagi gara-gara airasia asek delay. Esoknya aku gastrik dan nasib baik jugak la aku makan gaviscon je aku malas pegi klinik tapi heran jugak la selalu aku gastrik aku takde pula rasa nak muntah. Seminggu lepas tu aku check jadual period aku dah lebih 2 hari lewat so gatal hati nak check hahaha tapi aku tanya jugak kakak ofis dia cakap check jela mana tau ada. Aku malas nak check sebab tiap kali -ve dan menghampakan. Tapi instinct tu kuat jugak la nak pegi check sebab rasa lain macam.
Husband memang rasa fedup dah sebab asek -ve ja hahaha siap dia cakap lepas aku test tu "takde kan?"
Tapi kenyataannya buat aku terkejut dan terus terdiam tengok husband dan tunjuk test tu ada 2 line. Dengam gelojohnya kami lepas solat maghrib ja kami ke klinik hahaha padahal baru 2 hari lewat tapi line kedua tu memang pekat dan yes i'm PREGNANT. Doktor congratulated me and gave me ubat folic acid untuk jaga kandungan ALHAMDULILLAH.
Dan lahirlah ibnu ku ke dunia pada 27 may 2017. Susah payah push push haha selamat dilahirkan dan dah setahun lebih anak teruna tu dan dah setahun jugaklah aku baru update post ni hahahaha ampun.....
No comments:
Post a Comment