Sunday 29 September 2019

Sambal Bilis Petai Mudah 123

Assalamualaikum gais!

Haha zaman sekarang yang mana-mana ayat mesti ada gais di belakang kalau nak bagitau semua orang dan aku pun terjebak hahaha.

Okay ni resepi bagi mereka yang baru nak berjinak nak masak sambal ada petai dan tetiba termakan petai lepastu sedap dan kau nak buat sendiri tapi kau blur macam mana ek resepi die so ni la aku buat ikut sedap tekak aku je haha sebab aku mula suka makan ni sejak kawin dengan keluarga orang nogori la kalau tak memang aku takkan sentuh petai tu ihi. Resepi mungkin tak sama la dari yang sebenar sebab aku main masak je asalkan sama tapi tak lawan mertua & famili masak la.



Bahan-bahan;


  • Ikan bilis
  • kentang (di potong saiz wedges)
  • Bawang Bombay ( hiris)
  • Cili padi ( ikut tahap pedas korang banyak mana)
  • Petai ( ikut korang banyak mana bersesuaian dengan banyak kentang dan bilis)
  • Minyak
  • Garam secukup rasa (optional)


Cara-cara;


  • Goreng ikan bilis dan kentang sehingga masak dan biarkan seketika untuk dicampur nanti
  • panaskan minyak kemudian tumis bawang kemudian masukkan cili padi sehingga mengeluarkan bau sedap (kalau dah bersin tu pedas la tu ihi)
  • kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang sudah digoreng tadi gaul sehingga rata sekejap sahaja
  • baru masukkan petai dan gaul rata, boleh letak garam untuk secukup rasa tapi ikan bilis selalunya sudah masin jadi ikut kesesuaian korang okay. Siap!
  • Ada aku tengok resepi blogger terkenal dia masukkan air asam jawa selepas tumis bawang &cili padi untuk bagi ada kuah sikit & rasa masam sikit kalau korang nak tambah boleh saja sebabnya aku dah pernah cuba dan rasanya okay boleh makan cuma aku nak buat yang mudah je ihi.

Selamat mencuba!




Love, Yana

Wednesday 25 September 2019

Sambal Steamboat

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi selepas beranak anak kedua YES! Kedua! Hahaha tu post lain la cerita. Ni nak post pasal sambal steamboat sebab aku tetiba teringin pastu buat perghh sedap gila lagi-lagi hirup dengan kuah kan.

Sebelum ni aku buat sendiri kalau kat rumah, masa tu belum ada anak lagi maka kami berdua la ber steamboat, RR suka la dia sebab yang power tang sambal yang rasa dia dekat sama dengan sambal restoran steamboat kegemaran kami pulau ketam steamboat.

So inilah bahan-bahannya;

1 sudu sos ikan
1 sudu minyak bijan
1 sudu soy sos/ seasoning pun boleh
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
5 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)
*Ini untuk dua orang makan*

Cara-caranya;

Campurkan sos ikan, soy sos, minyak bijan dan gula dalam mangkuk dan kacau, tumbuk bawang dan cili padi hingga lumat atau nampak hancur sikit sahaja untuk kekal rasa kemudian satukan bersama sos tadi kacau sampai sebati dan walllaaaaah! Tak perlu tambah garam sebab soy sos atau seasoning sos tu dah masin.

Cicahlah dengan lauk steamboat dan sesuai dengan clear soup ya , selamat mencuba!

Love, Yana.

Tuesday 29 November 2016

PREGGY

Assalamualaikum,

Alhamdulillah rezeki Allah bagi selepas 9 bulan menanti aku disahkan mengandung yippi!! Excited okay. Mau tak excited tiap kali lewat sehari dua pegi beli upt kot hahaha.

Aku nak cerita dari mula lah haha boleh la sebab lama tak post blog ni. Ini je la aku rajin nak post sebab gembira nak share pengalaman.

Masa tu aku excited nak balik sabah sebab cuti raya haji dan aku nak pegi ambik sijil nikah tapi biasalah bos suka menghalang kalau aku cuti lama. Kalau yana tak ade 1 2 hari memang huru hara ofis. Tapi aku buat perangai la pi lawan cakap bos haha jahat jugak la so dapatla cuti seminggu. Memang busy la seminggu bukan boleh jalan-jalan banyak pun sebab memang niat setelkan hal yang tertunda. Sijil nikah beres cuma nak buat kad je payah huh malas nak cerita.

Dan masa tu cousin kawin so memang busy jugakla dari nikah berinai dan sanding pegi sebab cousin rapat. Masa tu jugak tanda-tanda nak period memang ada so aku anggap la memang nak period. Makan kat sabah semua aku pulun sedap wei lama tak makan makanan kegemaran. Yang lawaknya masa majlis cousin tu kakak2 sepupu tengok aku lain macam pastu tanya aku pregnant ke tidak, aku dengan selambanya jawab jangan terpedaya kak sebab ni buncit hahaha dia pun gelak ja. Betul lepas aku kawin memang perut aku membuncit sebab selera asek bertambah ja.

Bila balik KL tu kami sampai rumah dekat 3 pagi gara-gara airasia asek delay. Esoknya aku gastrik dan nasib baik jugak la aku makan gaviscon je aku malas pegi klinik tapi heran jugak la selalu aku gastrik aku takde pula rasa nak muntah. Seminggu lepas tu aku check jadual period aku dah lebih 2 hari lewat so gatal hati nak check hahaha tapi aku tanya jugak kakak ofis dia cakap check jela mana tau ada. Aku malas nak check sebab tiap kali -ve dan menghampakan. Tapi instinct tu kuat jugak la nak pegi check sebab rasa lain macam.

Husband memang rasa fedup dah sebab asek -ve ja hahaha siap dia cakap lepas aku test tu "takde kan?"

Tapi kenyataannya buat aku terkejut dan terus terdiam tengok husband dan tunjuk test tu ada 2 line. Dengam gelojohnya kami lepas solat maghrib ja kami ke klinik hahaha padahal baru 2 hari lewat tapi line kedua tu memang pekat dan yes i'm PREGNANT. Doktor congratulated me and gave me ubat folic acid untuk jaga kandungan ALHAMDULILLAH.

Dan lahirlah ibnu ku ke dunia pada 27 may 2017. Susah payah push push haha selamat dilahirkan dan dah setahun lebih anak teruna tu dan dah setahun jugaklah aku baru update post ni hahahaha ampun.....

Wednesday 20 April 2016

Kisah Rumah Tangga


Assalamualaikum,


Banyak kita tengok kat Facebook ramai yang share pasal kisah rumah tangga punya page kan?
ke sebab aku dah kahwin dan tetiba page tu aku jadi concern nak baca sebab sebelum ni aku tak tau pulak ada ahahaha.


Aku tengok ramai kawan-kawan aku post dan like, dan semuanya cerita yang membina ataupun bagi kesedaran dugaan berumahtangga. Yang tak bestnya orang yang comment dalam post tu aih dapat dosa free ja baca .




Bagi aku bagus juga page tu keluarkan cerita rumah tangga tapi yang mempunyai masalah dan minta pendapat atau pertolongan, jangan comment tak membina siap kutuk pula hmmm. Bagi yang baru berkahwin pula buat jadi pengajaran dan persediaan dalam menempuh rumah tangga kan ceeeeeehhhhh macam pandai lak cia cia cia hahaha.




Tapi yang post sebab dia pun terkena benda yang sama fuh, memang tragedi la orang takkan lupakan masa silam yang pahit kan. 




Aku nak cerita apa sebenarnya ni?hahaha saja la luah kat sini sebab macam dah jadi viral lak page tu macam hari-hari lak aku kena baca disebabkan ada yang share post atau like. Gerun pun ada, tapi apakan daya kita merancang tuhan menentukan. Cabaran dalam hidup ni kena sabar. Berdoa banyak. Luah kesusahan atau masalah dekat Dia yang satu. InsyaAllah ada jalan penyelesaian. Kita perlu sabar dan bijak berfikir menyelesaikan masalah tu je. 




Jangan pula kau memang ada masalah kau goyang kaki tengok screen henpon je 24 jam macam masalah tu boleh selesaikan di sana hahaha .




Ok tu je.



Love, Yana